Menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta untuk kemudahan warga emas di seluruh negara.
Membantu warga emas dan masyarakat dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan kemudahan, keperluan,kepakaran, peluang pekerjaan dan sebagainya.
Memudahkan pihak majikan, NGO atau pihak berkaitan untuk menyalurkan bantuan dan keperluan serta suai padan pekerjaan yang diperlukan oleh warga emas.
Warga Emas khususnya mendapat manfaat dan kesejahteraan terjamin daripada program yang disediakan oleh Kerajaan.