Aplikasi eWarga Emas (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi") adalah platform yang dibangunkan untuk memudahkan penyediaan dan pengurusan perkhidmatan kepada warga emas di Malaysia. Aplikasi ini membolehkan pengguna (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") mengakses maklumat mengenai perkhidmatan yang tersedia, mendaftar untuk kemudahan, dan berhubung dengan penyedia perkhidmatan.
eWarga Emas dimiliki dan dikendalikan oleh Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Aplikasi ini tidak akan merekodkan Data Peribadi Pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh Pengguna. Maklumat yang diberikan oleh Pengguna digunakan untuk tujuan penyediaan perkhidmatan dan komunikasi yang relevan. Maklumat ini tidak dikongsi dengan pihak ketiga selain daripada tujuan yang dinyatakan.
Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan secara sukarela oleh Pengguna semasa proses pendaftaran, penggunaan perkhidmatan, dan interaksi dengan aplikasi. Data yang mungkin dikumpul termasuk:
Data peribadi yang dikumpul digunakan untuk tujuan berikut:
Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan undang-undang yang berkenaan. Data Peribadi tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke luar Malaysia untuk tujuan komersil.
Aplikasi ini menerapkan langkah keselamatan yang tinggi untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat Pengguna. Data dalam transit disulitkan dan data yang disimpan dilindungi dengan ciri keselamatan yang sesuai.
Aplikasi ini mungkin mengumpulkan data tanpa nama mengenai peranti dan sistem operasi Pengguna (cth.: model peranti, versi OS) untuk membantu dalam penambahbaikan Aplikasi.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemaskini di halaman ini. Pengguna disarankan untuk menyemak dasar privasi ini secara berkala untuk sebarang perubahan.
Warga emas merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
MAJLIS PENASIHAT DAN PERUNDINGAN WARGA EMAS NEGARA (MPPWEN)
Pelaksanaan DWEN dan PTWEN menjadi agenda tetap dalam mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN). MPPWEN telah ditubuhkan untuk memantau keberkesanan program/aktiviti yang berkaitan dengan golongan warga emas bagi merealisasikan DWEN. Keanggotaan dalam Majlis ini adalah terdiri daripada wakil Kementerian, swasta, pertubuhan bukan Kerajaan serta pakar dalam bidang berkaitan dengan warga emas. Majlis dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Di bawah MPPWEN ditubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPWKM dan Ahli Jawatankuasa terdiri daripada wakil pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dalam program pembangunan warga emas. Pengerusi jawatankuasa kecil menjadi ahli dalam Jawatankuasa Teknikal. Sebanyak 7 jawatankuasa ditubuhkan iaitu:
Ahli MPPWEN dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam tempoh dua (2) tahun. Majlis diurus setiakan oleh Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
PENGENALAN
Salah satu program yang dikenalpasti dalam Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara adalah pewujudan Pusat Aktiviti Warga Emas yang dulunya dikenali sebagai Pusat Jagaan Harian Warga Tua (PJHWT).
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas yang melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
PAWE disasarkan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas dan sihat serta dapat menguruskan diri. Program di PAWE menekankan pada pembangunan potensi yang ada pada golongan warga emas dari segi keupayaan mereka yang masih sihat dan bertenaga untuk menyumbang khidmat bakti dan kepakaran mereka kepada komuniti setempat.
OBJEKTIF
KONSEP
Konsep penubuhan dan pengoperasian PAWE adalah berteraskan kepada beberapa elemen iaitu:
KUMPULAN SASAR
Penerimaan pelbagai lapisan masyarakat terhadap perkhidmatan PAWE ini telah menyebabkan kumpulan sasar PAWE ini dikembangkan bagi membolehkan kemudahan ini dinikmati oleh semua. Sehubungan itu, kumpulan sasar bagi PAWE ini adalah terbahagi kepada dua iaitu:
Secara Langsung
Warga emas yang sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
Secara Tidak Langsung
Ahli komuniti setempat seperti kanak-kanak, remaja, wanita, Orang Kurang Upaya (OKU), keluarga dan komuniti rentan dan sebagainya.
PENGENALAN
Program UPWE adalah kemudahan pengangkutan untuk golongan warga emas yang sihat atau yang kurang upaya/ kemampuan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan sama ada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta dan mendapatkan kemudahan sokongan sosial yang lain seperti ke pejabat pos, bank dan sebagainya. UPWE ini disasarkan kepada warga emas yang berada di dalam komuniti.
Pada masa ini hanya terdapat 9 buah kenderaan yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Warga emas perlu menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas / Rumah Sejahtera berkaitan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.
OBJEKTIF UPWE
SENARAI PENEMPATAN UNIT PENYAYANG WARGA EMAS (UPWE)
BIL | NEGERI | LOKASI PENEMPATAN |
1
| Perlis
| Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jln Jejawi Utan Buluh, , 02600 Arau Perlis |
2
| Kedah
| Pusat Aktiviti Warga Emas Kulim Lot 3489 Lorong 6/6 Fasa 2F Taman Mutiara , Sg Kob, 09700 Kulim Kedah |
3
| Selangor
| Pusat Aktiviti Warga Emas Sabak Bernam , Jalan Parit 1, Sg Besar , 43500 Sabak Bernam Selangor |
4
| Melaka
| Pejabat MPKSM Negeri Melaka Dewan Hang Tuah 2,Jln Hang Tuah ,75300 Melaka |
5
| Johor
| Bengkel Sampul Surat ,MPKSM Batu Pahat KM 7 Batu 4 Jalan Kluang 83000 Batu Pahat , Johor. |
6 | Pahang
| Pusat Aktiviti Warga Emas , Pekan Lot 2592 Kg Geylang , 26000 Pekan Pahang |
7
| Pahang
| Pusat Aktiviti Warga Emas Raub, Lot 68, Jalan Lipis, , 27600 Raub, Pahang |
8
| Terengganu
| Pusat Aktiviti Warga Emas Besut, PT 3426 Jalan Tembila Kg Paya Rawa 22000 Besut Terengganu |
9
| Kelantan | Rumah Sejahtera Pondok Hidayah 11, Batu 30, 18500 Machang Kelantan |
NEGERI | BIL | PERKARA |
KELANTAN | 1 | RSK Taman Kemumin Kelantan Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Tel : 09-773 8388 / Faks : 09-773 4018 Emel : rsk_kelantan@jkm.gov.my |
MELAKA | 1 | Rumah Seri Kenangan Cheng KM 12, Jalan Cheng Baru 75250 Melaka Tengah, Melaka. Tel : 06-3121179 / Faks : 06-3121402 Emel : rsk_cheng@jkm.gov.my |
NEGERI SEMBILAN |
1 | Rumah Seri Kenangan, Seremban Jalan Han Hui Foong 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 06-775 0659 / Faks : 06-775 0956 Emel : rskseremban@jkm.gov.my |
PERAK | 1 | Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar Puncak Iskandar, Tel : 053731530 / Faks : - Emel : - |
2 |
Rumah Seri Kenangan Taiping Jalan Stesyen Hulu, Taiping 34000 Taiping, Perak. Tel : 05-8072718 Faks : 05-8089916 Emel : rsktaiping@jkm.gov.my | |
3 | Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta Jalan Stesen, 31250 Tanjung Rambutan, Perak Tel : 05-5331875 Faks : - Emel : rskulukinta@jkm.gov.my | |
SELANGOR | 1 | Rumah Seri Kenangan Cheras KM 18, Jalan Cheras, Kajang, Tel : 03-8741 8985 / Faks : 03-8739 2917 Emel : rsk_cheras@jkm.gov.my |
2 | Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu Jalan Sinaran, Kuala Kubu Bharu, Tel : 03-6064 1585 / Faks : 03-6064 5192 Emel : re_kkb@jkm.gov.my | |
TERENGGANU | 1 | Rumah Ehsan Dungun Bandar Al- Mukhtafi Billah Shah 23400 Dungun, Terengganu. Tel : 09 - 822 2569 / Faks : 09 - 822 2570 Emel : re_dungun@jkm.gov.my |
JOHOR | 1 | Rumah Seri Kenangan Johor Bahru (Jabatan Kebajikan Masyarakat) Tel : 07-236 1481 Faks : 07-2355737 Emel : tsh_jubli@jkm.gov.my |
1 | Rumah Seri Kenangan Bedong (Jabatan Kebajikan Masyarakat) Tel : 04-458 1244 Faks : - Emel : rsk_bedong@jkm.gov.my | |
PERLIS | 1 | Rumah Seri Kenangan Kangar (Jabatan Kebajikan Masyarakat) Tel : 04-977 7528 / 7540 Faks : 04- 977 7527 Emel : rsk_kangar@jkm.gov.my |
HARI INI
26
MINGGU INI
249
BULAN INI
1686
KESELURUHAN
29087